siapa pengguna frog vle ?
GURU :
- Boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar.
- Boleh menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain.
- Boleh merancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.
PELAJAR :
- Boleh meneroka video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond,
- Boleh mereka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan,
- Boleh menyelelesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.
IBU BAPA :
- Boleh mengetahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah,
- Boleh mencari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.